Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri,pada tahun 2009 adalah langkah yang bertepatan dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Pada pendapat kami , kita semua perlulah menganggap diri kita sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Kita semua perlu bekerjasama untuk memupuk semangat 1 Malaysia di dalam diri kita. Tidak kira apa yg terjadi, walaupun terdapat perselisihan antara kaum, haruslah kita ingat bahawa kita semua menuju ke arah yg sama iaitu gagasan 1Malaysia. Amalkan sikap maaf-memaafi .